top of page

ABOUT

NU-IN LITTLE PERAK -

MAKANAN NEGERI PERAK

Nu-In Little Perak adalah sebuah kafe yang telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang memperkenalkan makanan negeri Perak. Berkonsepkan makanan negeri Perak untuk memperkenalkan kepada orang ramai makanan negeri Perak yang sangat sedap dan berkualiti yang telah dihasilkan melalui hati. Mengilhamkan nama kedai daripada nama bonda tersayang, Pengarah Nu-in Little Perak En Shahruddin Dali menyajikan makanan menggunakan resipi ibunya, Nur Ain Cek Tak.

Menu-menu yang terdapat di Nu-iN Little Perak ini diambil daripada resipi ibunya sendiri kerana beliau sudah terlibat dalam perniagaan makanan sejak dahulu lagi. Sambutan yang baik di Pekan Tapah menggalakkan beliau untuk membuka Nuin Little Perak di Bangi. walaupun buat masa ini baru mempunyai satu cawangan, kualiti rasa dan keenakan setiap menu yang disajikan sentiasa dijaga. Menu-menu makanan Melayu seperti nasi lemak, nasi ayam, mi rebus, roti bakar, makanan bergoreng dan kuih muih, Nu-iN Little Perak turut memberi pilihan menu masakan Barat seperti chicken chop dan lamb shoulder. Istimewanya makanan di Nuin Little Perak disediakan dengan cara sendiri seperti kulit popia dan kaya yang dihasilkan sendiri. Nuin Little Perak mula berkembang maju dan telah memasuki rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan beberapa kali keluar ke muka-muka akhbar.

bottom of page